"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MCA, DAP diseru jumpa komuniti Melayu-Islam untuk tahu perasaan mereka mengenai isu stoking kalimah Allah

Stoking kalimah Allah: Jumpa komuniti Melayu-Islam, Pemuda Umno seru sayap MCA, DAP

Akmal Saleh minta Pemuda MCA dan DAP bertemu komuniti Melayu-Islam untuk tahu perasaan mereka.

FMT Reporters

PETALING JAYA: Pemuda Umno meminta sayap MCA dan DAP bertemu komuniti Melayu-Islam bagi mengetahui perasaan berhubung isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di sebuah rangkaian kedai serbaneka.

Ketuanya, Muhamad Akmal Saleh berkata Pemuda MCA dan DAP yang berada lebih 60 tahun patut faham bahawa kedudukan nama Allah dan kesuciannya “suatu isu yang tidak ada tolok bandingnya”.

“Maka isu penghinaan ini adalah isu semua rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Ketua Pemuda MCA Ling Tian Soon menggesa Akmal supaya bertenang dan tidak mengajak orang ramai memboikot KK Mart, yang telah memohon maaf dan menyesal atas kejadian itu.

Sebelum ini, Ketua Pemuda DAP Dr Kelvin Yii menggesa Pemuda Umno tidak keterlaluan mengancam untuk memboikot perniagaan kedai serbaneka itu, kerana ia akan memburukkan lagi ekonomi tempatan selain memecah-belahkan kaum.

Akmal berkata Pemuda Umno bertenang dalam isu ini serta mengambil jalan yang selaras undang-undang, dan mahu pertanggungjawaban dalam isu ini.

“Untuk kesalahan yang begitu serius ini, dengan kesan yang begitu besar, takkan pula satu permohonan maaf sudah menyelesaikan segala-galanya,” katanya.

Sebelum ini Pemuda Umno beri tempoh dua hari kepada pengurusan KK Super Mart untuk memasang kain rentang memohon maaf di semua 881 cawangannya.

Akmal dilaporkan memberi amaran Pemuda Umno akan memulakan boikot lebih kuat sekiranya pengurusan kedai serbaneka itu gagal mematuhi tuntutanya.

Tiada ulasan: