"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rumah Putih sahkan pemimpin nombor 3 Hamas maut

AFP

Washington: Rumah Putih mengesahkan salah seorang pegawai tertinggi Hamas terbunuh dalam operasi tentera Israel.

Israel membunuh komander ketiga kumpulan Hamas minggu lalu, kata Rumah Putih pada Isnin, selepas individu itu menjadi sasaran dalam serangan udara di Gaza.

"Pemimpin nombor tiga Hamas, Marwan Issa terbunuh dalam operasi Israel minggu lalu," kata Penasihat Keselamatan Negara Jake Sullivan ketika membacakan intipati perbualan antara Presiden Joe Biden dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Sullivan berkata, Israel juga memecahkan sejumlah besar batalion Hamas dengan membunuh 1,000 pejuangnya termasuk komander kanan.

Tentera Israel pada 11 Mac memaklumkan serangan udara di tengah Gaza pada 9 hingga 10 Mac lalu menyasarkan Marwan.

Ia kerana Marwan disifatkan sebagai salah seorang perancang serangan Hamas pada 7 Oktober ke atas Israel.

Jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari berkata, Marwan adalah timbalan Mohammed Deif, yang mengetuai sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam

Bagaimanapun, Daniel kemudiannya berkata. beliau tidak jelas sama ada Marwan terbunuh dalam operasi itu.

"Kami masih meneliti keputusan serangan itu, dan pengesahan akhir yang masih belum diterima," katanya.

Tiada ulasan: