"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lanjutan kes langgar penyamun menyebabkan kematian

Mangsa samun langgar mati suspek: Polis tahan dua lelaki

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

Alor Setar: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes seorang suspek maut dilanggar dengan kereta oleh mangsa yang cuba disamunnya di hadapan sebuah farmasi di Kuala Kedah, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kedua-dua lelaki terbabit ditahan secara berasingan di Mergong dan Jitra pada hari kejadian.

Katanya, mereka direman enam hari bermula semalam hingga Isnin untuk siasatan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

"Manakala mangsa yang menyebabkan kematian suspek dan disiasat Seksyen 302 Kanun Keseksaan direman empat hari bermula semalam hingga Sabtu," katanya.

Dalam kejadian 6.39 pagi itu, seorang lelaki nekad memecut keretanya sebelum melanggar seorang daripada tiga suspek yang cuba menyamun dan memukul cermin keretanya.

Tiada ulasan: