"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemimpin PAS ini kena sekolah dengan netizen selepas jadi usahawan produk USA

WAN SITI AMINAH

Gara-gara cakap tidak serupa bikin, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat iaitu Nasrudin Hassan menjadi sasaran kritikan oleh pengguna media sosial tempatan.

Perkara ini berpunca daripada tindakan Nasrudin yang menjual produk makanan kesihatan alternatif dipercayai diimport dari luar negara iaitu Amerika Syarikat (AS).

Malah, prestasi Nasrudin dalam aktiviti jualan secara langsung ataupun MLM itu telah melayakkan bekas Ahli Parlimen Temerloh itu untuk digelar ‘Manager’ bagi tahun 2024.

Walaupun pencapaian tersebut tampak begitu membanggakan bagi Nasrudin seperti luahannya di laman Facebook, namun orang ramai malah mengkritik ahli politik berkenaan.

Hal ini kerana, ‘perniagaan’ Nasrudin itu disifatkan bertentangan dengan prinsip parti Pas diwakilinya yang memboikot produk dari AS kerana menyumbang kepada ekonomi Israel.

“Sama ada USA (Amerika Syarikat) atau Israel, jadi halal kalau golongan ini (Pas) yang buat. Percayalah, akan ada dalil untuk menghalalkannya,” luah seorang pengguna di ruangan komen.

Seperti yang dijangka, Nasrudin tampil membalas komen mempertahankan keputusannya menjual produk keluaran Arizona, AS itu yang didakwanya telah diperakukan halal.

“Pengasasnya memang orang dari AS. Namun ia telah beroperasi di 170 negara termasuk Sepanyol, Malaysia dan Arab. Dia syarikat antarabangsa. Tak menjadi kesalahan bermuamalah dengan bukan Islam.

“Selama mana produknya halal, pelan pemasaran yang patuh syariah manakala syarikatnya pula tidak memusuhi Islam dan umatnya,” kata Nasrudin memberi respon.

Nasrudin bagaimanapun seolah-olah mengelak untuk menjawab persoalan pengguna lain yang meminta penjelasan mengenai ‘status makanan sunnah’ berhubung produk jualannya.

“Bagaimana tuan memahami mengenai makanan sunnah? Atau bagaimana tuan mendefinisikan makanan sunnah,” tulis Nasrudin yang menjawab persoalan pengikutnya dengan soalan.
Sikap ‘double standard’ atau pilih kasih parti Pas dalam soal memboikot produk berkaitan dengan Israel ini bukanlah kali pertama dibangkitkan malah pernah menjadi isu panas.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kampar iaitu Chong Zhemin mempersoalkan Kerajaan Pas Kelantan yang masih menggunakan kereta mewah keluaran Mercedes Benz sedangkan syarikat itu turut memberi sumbangan kepada ekonomi Israel.

Tiada ulasan: