"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Memahami masalah kurang beras

Harapandaily

Mohd Ikmal Iskandar

Masalah kekurangan beras tempatan adalah berpunca daripada masalah bekalan padi kita yang memang kurang dari musim ke musim.

Ia diburukkan dengan negara India yang embargo eksport beras putih.

Apa yang kerajaan buat adalah meningkatkan harga beras import kepada RM 3200/tan.

Apabila ia berlaku, maka ada julat besar antara harga beras tempatan dan beras import iaitu harga beras tempatan (RM 2600/tan) dan harga beras import (RM 3200/tan).

Harga beras import ini adalah harga beras yang ditetapkan oleh Bernas kepada pemborong. Oleh itu apabila pemborong ‘repack’ 5kg /10 kg, maka harga akan pergi 37-42/10 kg.

Apabila julat harga terlalu luas maka banyak pekilang beras tempatan akan salin kulit dari beras tempatan ke beras import.

Langkah kerajaan untuk tambah kapasiti padi tempatan adalah dipuji seperti kerjasama dengan Sarawak yang bersedia untuk buka 1500 hektar tanah untuk tanam padi (Berita Harian, 10 Mac 2024). Tetapi ia bersifat langkah jangka panjang.

Kementerian Pertanian juga berusaha keras menerapkan Tanam Padi Ala Sekinchan di beberapa kawasan padi khususnya di Semenanjung Malaysia agar pengeluaran padi dapat ditingkatkan.

Walaubagaimanapun penyelesaian jangka pendek perlu juga disegerakan sebab masalah ketiadaan beras tempatan adalah meruncing. Pergilah ke mana-mana kedai, pasaraya, memang susah nak tengok beras tempatan banding beras import.

Cadangan saya agar Ketua Pengarah Kawal Sedia Beras perlu berani untuk turun ke kilang-kilang untuk periksa kes salin kulit ini.

Kerajaan juga perlu segera menetapkan harga baru untuk beras tempatan ini agar julat besar antara beras tempatan dan beras import dapat dikurangkan.

Disamping itu idea NACCOL untuk menetapkan hanya satu harga beras tempatan dan import perlu disegerakan jika ia mampu mengatasi masalah beras sedia ada.

Tiada ulasan: