"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemimpin Pemuda Umno Johor akan didakwa atas tuduhan serangan seksual

Hariz Mohd & Alyaa Alhadjri

Seorang ketua Pemuda Umno Johor dijangka didakwa di mahkamah esok atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap beberapa remaja lelaki.

Sekurang-kurangnya enam remaja lelaki dikatakan menjadi mangsa dalam kes itu.

Semalam, pada mulanya dilaporkan bahawa suspek telah ditahan pada Isnin selepas laporan polis dibuat yang menuduhnya melakukan serangan seksual terhadap seorang remaja lelaki.

Polis kemudian memberitahu bahawa terdapat dua mangsa, kedua-duanya kini berusia sekitar 15 tahun.

Bagaimanapun, empat lagi remaja tampil membuat laporan polis mendakwa diliwat oleh ahli politik itu.

Ketua Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Siti Kamsiah Hassan mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

“Setakat ini polis telah menerima sebanyak lima kes (terhadap suspek),” katanya menerusi pesanan ringkas.

Satu daripada kes itu dipercayai melibatkan dua beradik yang membuat laporan bersama semalam selepas digesa bapa mereka.

Difahamkan pihak berkuasa bercadang untuk mendakwa suspek dalam salah satu kes esok.

Ketua Polis Daerah Mersing Abdul Razak Abdullah Sani berkata pihaknya menjangkakan untuk mengemukakan kertas siasatan ke pejabat pendakwaan lewat hari ini.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut.

“Siasatan masih dijalankan. Dijangka ada kenyataan media lewat petang ini,” katanya.

Malaysiakini mendapat pengesahan bahawa suspek adalah seorang ketua Pemuda Umno di salah sebuah bahagian di Johor. Identitinya dirahsiakan kerana dia masih belum didakwa di mahkamah.

Menurut salinan laporan polis yang tular di media sosial, suspek aktif dalam program kesukarelawanan dan NGO.

Dia dikatakan kerap membawa remaja terbabit menyertai aktiviti tersebut.

Tiada ulasan: