"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM siasat bekas menteri berkait kelulusan projek di wilayah persekutuan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap seorang bekas menteri berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa hampir sedekad lalu, susulan penemuan petunjuk baharu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan siasatan tersebut dan berkata agensi antirasuah itu akan memanggil beberapa individu berkepentingan bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan bekas menteri terbabit.

Sementara itu, sumber SPRM berkata siasatan tertumpu kepada kelulusan projek di wilayah persekutuan yang melibatkan nilai jutaan ringgit.

Katanya, siasatan merangkumi pembinaan papan pengiklanan serta pemindahan sebidang tanah milik kerajaan kepada seorang pemaju hartanah terkemuka.

SPRM juga masih menyiasat kaitan antara bekas menteri berkenaan dengan syarikat-syarikat terlibat serta mendapatkan dokumen berkaitan, kata sumber tersebut.

Tiada ulasan: