"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki dibunuh, mayat dibuang tepi jalan

MOHD SHARKAWI LONDING
MAYAT lelaki warga asing dipercayai dibunuh sebelum dibuang di tepi Jalan Bukit Serampang, Tangkak, pagi tadi.-Foto IHSAN POLIS
TANGKAK – Mayat seorang lelaki tidak dikenali ditemui di tepi jalan disyaki dibunuh sebelum jasadnya ditinggalkan di tepi Jalan Bukit Serampang di sini pagi tadi.

Mayat tanpa identiti itu ditemui kira-kira pukul 8.50 pagi oleh orang awam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak Deputi Superintendan Jamellulkamal Abdul Halim berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan warga asing dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri atau perjalanan.

“Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat beberapa kecederaan di bahagian belakang leher dan kepala.

“Polis percaya mangsa disyaki dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di tepi jalan berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Melaka bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.

Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang melihat kejadian atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, ASP Sharidhathul Aflaha Binti Ismail di talian 019-269 9573 atau Bilik Gerakan IPD Tangkak di talian 06-978 5222.-KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: