"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes tikam rakan sekolah: 'Anak masih trauma, air mata tak henti mengalir' - Bapa

Sinar Harian

BANTING: "Anak masih lagi dalam trauma, air mata tak henti mengalir."

Itu perkongsian Mohd Firuz Ibrahim, 43, iaitu bapa kepada remaja perempuan berusia 15 tahun yang cedera ditikam dalam kejadian di sebuah sekolah di sini.

"Pagi ini Alhamdulillah... nampak semakin stabil dan dia (anak) kata rasa tak sakit sangat.

"Tiub masih lagi dalam paru-paru dalam dua ke tiga hari. Akan tengok kalau darah itu dah okay, dah berhenti baru akan dikeluarkan tiub itu.

"Semalam (Isnin) dia (anak) berada di ICU (unit rawatan rapi) dan malam tadi pindah ke wad selepas empat jam di bilik bedah," katanya kepada pemberita di Hospital Banting di sini pada Selasa.

Tambah Mohd Firuz, hari ini anaknya sudah mula bercakap, minum dan makan yang ringan-ringan sahaja.

Ketika ditanya jangkaan bila mangsa akan keluar hospital, dia memaklumkan paling cepat adalah seminggu dan bergantung kepada keadaan pemulihannya.

"Sebagai bapa bila lihat anak memang sedih sangat.

"Sebab kita pun tak pernah pukul... luka sikit pun sakit apatah lagi tikam. Benda dah jadi, kita terima dengan reda," ujarnya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Isnin dipercayai berlaku ketika mangsa berada di kantin sekolah.

Suspek perempuan yang juga pelajar sekolah terbabit berusia 15 tahun dikatakan masuk ke kawasan sekolah melalui laluan utama sebelum menikam mangsa di beberapa bahagian badan.

Mangsa kemudian telah dikejarkan ke Hospital Banting, manakala suspek ditahan polis sejurus kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi dilaporkan berkata, suspek telah direman empat hari sehingga Jumaat untuk siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian

Tiada ulasan: