Buletin TV3

Foto AFP
COLOMBO: Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh, termasuk empat pengawal penjara, manakala lebih 100 lagi cedera dalam rusuhan di sebuah penjara di Sri Lanka, yang disifatkan insiden paling buruk dalam tempoh lebih lima tahun.
Rusuhan tercetus di Penjara Negombo Prison, dipercayai berpunca daripada pertempuran antara dua kumpulan pengedar dadah yang dipenjarakan.
Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital di Negombo, dengan pihak hospital memaklumkan terdapat mangsa cedera akibat tembakan, luka akibat senjata tajam serta lebam serius dipukul.
Keadaan turut tegang apabila banduan wanita di blok bersebelahan memanjat bumbung bangunan dan menuntut pembebasan mereka, sebelum sebahagian bumbung runtuh dan mencederakan beberapa penghuni.
Pasukan komando polis dikerahkan ke lokasi, manakala tentera udara menggunakan dron dan helikopter bagi memantau keadaan.
Orang ramai turut berkumpul di luar penjara bagi mendapatkan maklumat mengenai ahli keluarga mereka.
Menurut polis, empat pengawal penjara terbunuh ketika cuba meleraikan pergaduhan yang semakin tidak terkawal.
Data rasmi menunjukkan sistem penjara di Sri Lanka kini menempatkan lebih 41,000 banduan, iaitu kira-kira empat kali ganda daripada kapasiti sebenar.
Keadaan ini menimbulkan kebimbangan terhadap masalah kesesakan yang berlarutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan