FMT Reporters
PETALING JAYA: Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan membakar tiga kereta milik isteri aktivis S Chandrasegaran, yang juga dikenali sebagai Cikgu Chandra.
Pemandu trak tunda, A Kumaran; pengawal keselamatan, S Kisshen; dan pemandu lori, P Surendran; didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api dengan membakar tiga kenderaan milik M Sri Uma Maheswary.
Kejadian di Taman Kinrara, Puchong, pada 10 Mac itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM80,000.
Jika sabit kesalahan, setiap tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan denda.
Hakim Noor Ruzilawati Nor membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.
Beliau turut memerintahkan mereka menyerahkan pasport sehingga kes selesai, selain tidak mengganggu saksi.
Pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 7 Ogos.
Timbalan pendakwa raya Nurfazlin Mahmad Zulhasnan mengendalikan pendakwaan, manakala S Dinesh mewakili ketiga-tiga lelaki itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan