FMT Reporters
Dua budak lelaki 11 dan lapan tahun serta remaja lelaki 18 tahun meninggal dunia di lokasi.

Tular di media sosial rakaman nahas maut yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian.
PETALING JAYA: Tiga beradik maut selepas motosikal dinaiki terlibat nahas dengan lori dalam kejadian di Jalan Parit Haji Sirat, Pontian, pagi tadi.
Kejadian sekitar jam 7 pagi itu meragut nyawa dua kanak-kanak lelaki berusia 11 dan lapan tahun, selain remaja lelaki berusia 18 tahun, lapor Sinar Harian.
Dilaporkan, tiga beradik terbabit dalam perjalanan menuju ke sekolah kerana tidak mengetahui sesi persekolahan di seluruh Johor ditutup dua hari susulan kualiti udara teruk akibat jerebu.
Ketua Polis Pontian Hadzrat Hussein Mion Hussian, berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan