"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPR sengaja lewatkan pilihanraya kecil elak Najib dimalukan lagi?


 Malaysiakni | 13 Februari 2009Pemuda DAP (DAPSY) hari ini mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil masa hampir 60 hari untuk mengadakan pilihanraya kecil bagi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah.Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat diserang sakit jantung. Manakala V Arumugam daripada PKR meletak jawatan sebagai Adun Bukit Selambau.SPR hari ini mengumumkan bahawa pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi tersebut akan diadakan serentak pada 7 April depan, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac.Mengikut undang-undang, pilihanraya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi Parlimen atau DUN.Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hari ini, kerusi Bukit Selambau kosong mulai 8 Februari, manakala kerusi Bukit Gantang kosong mulai 8 Februari.Ini bermakna hari pengundian bagi pilihanraya kecil Bukit Gantang diadakan pada hari yang ke-58 dan hari ke-59 bagi kerusi Bukit Selambau.‘Berhutang penjelasan’Manakala hari penamaan calon pula diadakan pada hari ke-49 bagi kerusi Bukit Gantang dan hari ke-50 bagi kerusi Bukit Selambau.Sehubungan ketua Pemuda DAPSY, Loke Siew Fook berkata, pengerusi SPR berhutang penjelasan kepada rakyat, terutama pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mengapa ia memerlu masa begitu lama untuk mengadakan pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi tersebut.Loke bertanya apakah SPR sengaja menetapkan tarikh tersebut selepas pemilihan Umno hujung bulan depan bagi mengelak bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada malu sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihanraya kecil berkenaan.Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, ini kerana perhimpunan agung Umno - yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan - akan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac depan“Adakah anda merasakan bahawa ia satu kebetulan yang tarikh penamaan calon bagi kedua-dua pilihanraya kecil itu, jatuh sehari selepas perhimpunan agung Umno?” soalanya.Sehubungan itu, DAPSY mengecam SPR yang didakwanya bertindak secara secara “amat tidak profesional” yang sekaligus menimbulkan tanggapan bahawa ia bukan sebuah badan yang bebas.    
                                                                                                                                                                                                                                        http://anwaribrahimblog.com/

Tiada ulasan: