"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Orang Cina Antara Penaja Awal Penubuhan PAS.. Dr Mohd Hasyim.


Oleh Drs Mohd Rashidi Deraman

PERMATANG PASIR 22 Ogos 2009. APAKAH benar PAS ditubuhkan oleh orang Cina Di Pulau Pinang? Dan Orang Cina menubuhkan sekolah agama sistem pondok yang pertama di Pulau Pinang, yakni di pulau tidak termasuk Seberang Prai? Tanya Ustaz Idham seorang ustaz di sebuah sekolah di situ kepada Dr Hj Mohd Hasyim bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Balik Pulau, ekoran dari ceramah beliau di Permatang Janggus pada sehari sebelum itu.

Menurut Dr Hj Mohd dalam ceramah malam itu, PAS dan orang Melayu terhutang budi kepada kaum Cina di Malaya pada masa itu kerana salah seorang pengasas penubuhan PAS adalah Haji Mansur JP anak kepada Hasan Kwantung yang berasal dari negara China. Haji Mansur antara salah seorang penaja penubuhan PAS, pernah memegang jawatan Bendahari dan Naib Yang Dipertua Agung di peringkat awalan.

"Semasa saya menjadi YDP PAS Kawasan Parlimen Balik Pulau dulu, saya pernah menemu-ramah anak Haji Mansur, iaitu Ustaz Murshid. Melihat kesan sejarah di rumahnya di Bayan Lepas, antara perigi lama dirumahnya yang menjadi pusat kegiatan dakwah dan tumpuan puak-puak Islam pada masa itu. Sekarang masih ada masjid yang berunsur kecinaan (kini dijadikan surau) di simpang jalan antara Teluk Kumbar, Bayan Lepas & Kampung Seronok di Bayan Lepas. Lihat tanda kipas Cina di anjung surau itu. Di situ dibina pondok-pondok pengajian Islam.. Saya pernah menyebutnya dalam buku saya '
Krisis UMNO-PAS, Satu Penyelesaian Menurut PAS' terbitan dalam tahun 1990an". Jelas Dr Mohd yang juga pernah menghasilkan beberapa buah buku sejarah PAS.

"Teringat saya sewaktu bertemu Allahyarhan Ustaz Fadzil Noor masa itu dan mencadangkan untuk membuat program seperti yang pernah PAS Balik Pulau buat, program 'Pasar Negara' di Bayan Lepas dan 'Long Tambang' di Pulau Betong.. tetapi waktu itu PAS Balik Pulau memilih nama 'Mengenang Sejarah Laksamana Cheng Ho' di tengah pekan Bayan Lepas, diiringi dengan tarian naga dan kebudayaan kaum Cina." Kata Dr Mohd lagi.

"Ha.. Apa kata Ustaz Fadzil?" Tanya ustaz Idham.

"Ustaz Fadzil jawab, memang baik untuk PAS jangka panjang, tetapi kurang sesuai buat masa itu terutama bagi negeri-negeri pantai timur yang menjadi base PAS waktu itu.. Jadi saya akur dengan pandangan politik beliau." Jelas Dr Mohd lagi.

"Pandangan hang laju sangat, terlampau kedepan, takut orang tak boleh ikut.. kata Ustaz Idham, memberi pandangannya pula.

(RD)

Sila lihat siri sejarah PAS di..
http://www.ibnuhasyim.com

Tiada ulasan: