"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Tengku Temenggong, MB solat hajat elak H1N1

Mazlan Jusoh
KOTA BHARU, 24 Ogos: Ketika orang ramai di tempat lain sedang bersiap menyediakan juadah sahur, rakyat Kelantan pula menunaikan solat hajat memohon dihindari bala virus influenza A H1N1.

Lebih 2,000 menunaikan solat hajat pada jam empat pagi di Qaryah Ramadan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) pada awal pagi Sabtu lalu.

Turut hadir pada solat itu, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, Menteri Besar, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat.

Turut kelihatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato� Mohd Aiseri Alias dan Senator Dato� Ahmad Rusli Ibrahim.

Solat hajat diadakan secara bersendirian di bawah khemah sehingga jam 5 pagi. Kemudian orang ramai yang hadir menikmati makan sahur.

Ada yang bersahur di dalam kereta, di tepi bangunan Stadium Sultan Mohammad Ke IV dan kedai makan di Dataran Usahawan.Image

Makanan dibawa sendiri dan tidak disediakan pihak penganjur. Program itu berakhir dengan solat Subuh yang diimamkan Menteri Besar.

Sementara itu, seorang guru wanita berusia 38 tahun yang meninggal dunia 19 Ogos lalu menjadi korban terbaru virus H1N1, Isnin lalu.

Usaha ini adalah sebahagian dari usaha yang dibuat untuk mengelak penularan wabak yang cepat merebak ini.

Sebelum ini, PAS mencadangkan agar sidang khas Parlimen dibuat namun tidak mendapat sebarang respon dari kerajan.

Tiada ulasan: