"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kesal disekat dari memasuki sekolah agama JAIS

Salim
Saudara,
Tujuan saya menghantar email ini ialah untuk meluahkan rasa kecewa saya terhadap undang-undang yang digunakan oleh pihakJabatan Agama Islam Selangor(Jais) bagi kemasukan ke sekolah menengah agama di Selangor.

Untuk makluman, anak saya kalau diikutkan keputusan peperiksaan PSRA dan UPSR memang layak untuk memasuki ke sekolah
menengah agama di Selangor (SAM).

Anak saya mendapat 4A 1B dalam UPSR dan 91% dalam PSRA.Sebelum cuti akhir tahun bermula, anak saya telah mengisi borang permohonan memasuki Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah Kanchong Darat Banting yang diberikan oleh ustaznya.

Saya yakin anak saya akan diterima masuk ke sekolah tersebut berdasarkan keputusan peperiksaannya yang agak baik lagipun anak saya yang sulong adalah pelajar di sekolah tersebut.

Saya amat terkejut apabila pihak sekolah memaklumkan bahawa permohonan anak saya tersebut ditolak hanya kerana isteri
saya pemastautin tetap Malaysia.

Saya amat terkilan dengan keputusan tersebut sedangkan saya dan anak adalah warganegara Malaysia. Kenapa hak saya dan anak sebagai warganegara dinafikan oleh JAIS?

Saya telah ke cawangan JAIS Sungai Manggis Banting dan bertanyakan hal tersebut. Kakitangan JAIS disana memaklumkan kepada saya bahawa diantara syarat kemasukan ke sekolah tersebut, kedua ibubapa mestilah warganegara Malaysia.

Saya amat terkilan kerana hasrat untuk mempelajari aliran agama lagi sukar berbanding aliran kebangsaan dan lebih menyedihkan lagi hasrat tersebut di halang oleh sebuah jabatan yang besrsolgankan"BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA".

Munasabahkah permohonan anak saya untuk memasuki ke sekolah agama ditolak jika dihayati slogan tersebut?

Mungkinkah Islam yang saya anuti ini tidak sama dengan apa yang JAIS laksanakan?Saya teringat maksud sebuah hadis,lebih kurang
begini maknanya "Tidak sempurna iman seseorang Islam jika tidak menyintai saudara Islamnya yang lain".

Adakah pihak JAIS tidak memahami maksud hadis tersebut?SAtau adakah pihak JAIS cemburu kalau bangsa lain walaupun beragama Islam lebih berjaya.
-harakahdaily-

1 ulasan:

Amirah Solehah Zuhelmi berkata...

Anak saya sangat berminat belajar di sekolah agama. Bahasa arab dia sentiasa A dari darjah 1 sehingga darjah 6. Keputusan UPKK dan UPSRA dia streight A dan dia bercita-cita nak masuk SMKA atau SMA. Anak saya begitu sedih apabila keputusan UPSR 2012 mendapat 4A 1B(BI) sudah tentulah SBP, SMKA, MRSM, SMA dia tak layak. Saya cuba nak mohon untuk masukkan ke mana-mana SAM malangnya JAIS pula tidak mahu memberikan borang kerana sekolah SAM hanya menerima pelajar yang bersekolah di Selangor sahaja. Saya takut cita-cita anak saya berkubur begitu saja jika dia belajar di sekolah biasa.
~Org Wilayah~