"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ini dia orang yang memukul peserta himpunan R

Harakahdaily
KOTA BHARU: Ekoran tragedi berdarah dalam perhimpunan aman 'R' di depan Kota Darul Naim baru-baru ini, para penyokong 'R' mula mengedar foto pihak yang memukul.

(Penyokong R dipukul)

"Sesiapa ada maklumat, boleh salurkan pada pihak kami di Pages https://www.facebook.com/RoyaltyOfficialPages," tulis mesej yang dihantar melalui Facebook itu.
(Dua keping gambar yang disiarkan berhubung dengan tukang pukul dalam Himpunan R di Kota Bharu)
Isnin lalu, Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (ROYALTI) atau ringkas 'R" menganjurkan majlis penyerahan memorandum kepada kerajaan negeri Kelantan.

Namun majlis itu diganggu oleh kumpulan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) yang dipimpin Ibrahim Ali dan NGO Sedar.

Ekoran pertembungan itu, seorang blogger, Aduka Taruna telah dipukul sehingga mukanya berdarah.

Empat lagi aktivis R juga didakwa dipukul dan mereka telah membuat laporan polis mengenainya.

Naib Pengerusi R, Abu Samah Hassan, salah seorang yang dipukul memberitahu media, beliau dipukul ketika rundingan dengan polis dibuat untuk menentukan kawasan himpunan antara mereka dengan kumpulan lawan mereka.

Dalam keadaan tegang dan bising itulah beliau mendakwa dipukul oleh orang yang tidak dikenali.

Tiada ulasan: