"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Panas!! 3 Lagi Artis Sertai Politik

hairie
Pelakon yang kini popular dengan drama bersiri 'Waris', Hairie Othman dikatakan telah menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Turut sama mengikut jejak langkahnya adalah pelakon Zulkifli Ismail dan pelawak, Leman Raja Lawak 5.

Dipetik daripada potal berita parti ini, Hairie dan Zulkifli Ismail  akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak pada 6 julai ini.

Atas faktor kesedaran diri membuatkan Hairie terdorong untuk menyertai parti politik tersebut.

"Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya masuk perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri," katanya di hadapan ratusan hadirin ketika memberi ceramah di Batu Gajah, baru-baru ini.

Selain itu, beliau mengakui keputusan ini akan memberi kesan kepada karier lakonan namun sanggup menghadapinya.

"Kalau saya fikir dunia, saya tidak akan membuat keputusan menyertai perjuangan ini namun saya sanggup menerima risiko kerana yang memberi rezeki adalah Allah ," jelasnya lagi.

Tiada ulasan: