"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ini calon PAS untuk parlimen Baling, Titiwangsa dan Temerloh

Hazayani Zakaria Foto Wan Zahari
(Najmi [dua dari kanan] dan Zamri [kiri sekali] diperkenalkan sebagai bakal-bakal calon PAS hari ini)
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) yang baru mengisytiharkan menyertai PAS hari ini, Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad akan bertanding di Parlimen Baling pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan pula akan bertanding di Parlimen Temerloh sementara Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi yang akan bertanding di Parlimen Titiwangsa.
(Wartawan dari pelbagai media memenuhi Pusat Media PAS hari ini)
Perkara tersebut diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut sebentar tadi.

Ia dibuat dalam satu sidang media yang dibuat di Pusat Media PAS yang baru dibuka oleh beliau hari ini.


Turut serta di majlis itu adalah Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS.


(Sidang media PAS hari ini)
Ustaz Hadi turut mengumumkan penyertaan bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi dan Iran, Datuk Adnan Othman ke dalam PAS.

Lebih 50 wartawan dan jurugambar memenuhi Pusat Media PAS yang disediakan khas untuk kemudahan wartawan menjalankan tugas itu.

Ustaz Hadi ketika mengumumkan bakal-bakal calon itu berkata, calon-calon lain akan diumumkan oleh PAS dari masa ke semasa.

"Untuk hari ini PAS umumkan tiga calon ii dahulu, calon-calon lain akan diumumkan selepas pembubaran Parlimen," katanya.

Najmi, 62, yang merupakan adik kepada bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaei Ahmad berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 28 tahun sebelum bersara pada tahun 2006.

Tiada ulasan: