BHOPAL - INDIA: Bayi perempuan baru dilahirkan berusia sehari dan ditanam hidup-hidup di hutan Mandleshwar di tengah Madhya Pradesh dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital.
Dipetik India Today, mangsa yang turut mengalami pendarahan hidung ditemui dua penduduk tempatan pada 29 Jun lalu selepas mereka mendengar tangisan bayi malang itu.
Polis kini sedang menyiasat kes tersebut termasuk meneliti rekod kelahiran di hospital berikutan kejadian pembunuhan anak perempuan semakin berleluasa di negara itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan