"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gambar dan punca pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jaip

laniismaa
Kita dikejutkan lagi dengan insiden tembak mati. Kali ini Ahmad Rafli Abdul Malek, 49, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menjadi sasaran. Allahyarham ditembak petang Ahad tadi.
Jaip_Tembak_1
Allahyarham dipercayai ditembak sebanyak tiga kali di hadapan rumahnya, di Indera Mahkota 2, Pahang. Tembakan dilakukan sekumpulan lelaki berjubah warna hitam dan berkopiah yang menaiki kereta Wira Aeroback berwarna putih . Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis. Motif pembunuhan mempunyai kaitan dengan ketegasan Allahyarham mengambil tindakan ke atas kumpulan syiah yang wujud di Pahang. Kumpulan lelaki berkenaan dikatakan melakukan balas dendam.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar pembunuhan Allahyarham.
Jaip_Tembak_2
Jaip_Tembak_3
Jaip_Tembak_4
Al-Fatihah…



ALLAHYARHAM Ahmad Raffli menunjukkan batu Karbala dan barangan lain pada sidang akhbar berkaitan serbuan ke atas pergerakan Syiah di Kuantan September lalu .
KUALA LUMPUR: Polis semalam memberitahu, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik, 49, di Indera Mahkota 2, Kuantan yang mati ditembak kelmarin mempunyai kaitan dengan kumpulan Syiah atau ajaran sesat bergelar Tuhan Harun yang mahu membalas dendam.

Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa 31 pengikut Tuhan Harun yang masih bersembunyi supaya menyerah diri bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam tersebut.

"Siasatan akan diadakan secara menyeluruh, berkemungkinan ia ada kaitan dengan kumpulan Syiah atau ajaran sesat Tuhan Harun yang mahu membalas dendam," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah Dari Perspektif Islam di Maktab Polis Cheras di sini semalam.

Tiada ulasan: