Fahmi Fadzil
Tatkala Perdana Menteri dan Presiden UMNO DS Najib Razak cuba menghulurkan tangan terbuka kepada parti-parti Pakatan Rakyat untuk mengadakan dialog nasional untuk rekonsiliasi, Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden UMNO DS Ahmad Zahid Hamidi pula bagai menghulurkan penumbuk kepada PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya.
Kenyataan Ahmad Zahid di Perhimpunan Agung UMNO 2013 hari ini yang mengarahkan DS Jamil Khir dan JAKIM mengambil tindakan ke atas Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu, yang dituduh mengamal ajaran Syiah bagai menjatuhkan hukuman tanpa perbicaraan bebas dan adil dahulu.
Kenyataan Ahmad Zahid amat tidak produktif, berbahaya, dan bagai cuba menggagalkan rekonsiliasi yang diusahakan DS Najib.
Ahmad Zahid perlu menarik balik kenyataan beliau ini.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan