"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dah ada yang mati sebab miskin barulah Jabatan Kebajikan Masyarakat terhegeh-hegeh

Foto
SEBAHAGIAN daripada sembilan adik mangsa
Melaka: Semua sembilan adik kepada Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, yang maut disyaki dibelasah bapanya dengan kayu di Kampung Jawa, Alor Gajah Sabtu lalu tidak mempunyai sijil kelahiran dan tidak pernah bersekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar berkata, sehubungan itu beliau sudah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka untuk menjalankan siastan dan membantu keluarga berkenaan bagi mendaftarkan kelahiran sembilan beradik berkenaan.

"JKM akan mengenal pasti punca dan membantu keluarga ini bagi memastikan sembilan beradik berkenaan berusia antara empat hingga 16 tahun memperoleh sijil kelahiran. Selain JKM, Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (PEMBELAN BN) Melaka juga akan membantu keluarga ini.

"Ia perlu dilakukan segera bagi membolehkan sembilan beradik ini mendapat pendidikan sempurna kerana sehingga kini difahamkan mereka tidak bersekolah," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Melaka di sini, sebentar tadi.

Menurutnya, bantuan susulan daripada JKM akan dilakukan sejurus selepas upacara pengebumian mangsa di Kampung Rantau Panjang Klang, Selangor selesai./hmetro

1 ulasan:

XUMNO berkata...

Inilah nasib orang miskin di negara yang kaya raya ni.Siapa ambil peduli.Mana "wakil rakyat" nya yang menerima elaun puluhan ribu ringgit dari rakyat? Mana Ketua Kampungnya? Mana JKKnya? Semuanya makan elaun buta. Hampeh!! Bila berlaku trgedi barulah masing2 bertukar jadi malaikat, nak bantu itu. nak beri ini dsbnya. Masing2 ambil kesempatan. Selalunya lepas heboh abuk pun tak de. Hampeh!!