"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Inilah jumlah pampasan yang Faekah dan 7 pembantu Khalid Ibrahim patut dapat

Adam Abu Bakar  
Pampasan sebanyak 30 peratus daripada gaji terakhir didarabkan dengan jumlah bulan berkhidmat adalah tidak mengikut tatacara dan prosedur
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini mendedahkan laporan pampasan wang sebanyak RM2.6 juta kepada lapan kakitangan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Laporan setebal 11 muka surat itu mededahkan bahawa bayaran pampasan sebanyak 30 peratus daripada gaji terakhir didarabkan dengan jumlah bulan berkhidmat adalah tidak mengikut tatacara dan prosedur yang betul.

Laporan itu dilakukan oleh lima panel penyiasat Perbendaharaan Negeri, diketuai oleh Ketua Bendahari Azal Adzhar.

“Kelulusan pembayaran itu tidak dikemukakan kembali kepada Lembaga Pengarah Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI),” kata laporan yang diedarkan itu

Bukan itu sahaja, mesyuarat Lembaga Pengarah MBI yang bersidang pada 25 Ogos lalu juga hanya memberi kelulusan dasar mengenai perkara berkaitan cadangan pembayaran ganti notis dan perlaksanaan skim pemberhentian secara sukarela.

Malah Lembaga Pengarah MBI juga telah mengesyorkan supaya dikemukakan beberapa opsyen bagi tujuan perkiraan dan perlaksanaan skim pemberhentian secara sukarela dan tidak memberi sebarang kelulusan berbentuk terbuka.

Selain, laporan itu turut mendedahkan bayaran pampasan sebanyak 30 peratus daripada gaji didarabkan dengan jumlah bulan yang telah berkhidmat.

Semakan mendapati Ketua Pegawai Eksekutif MBI,Faekah Husin mula berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MBI pada 1 September 2013. Sebelum itu, beliau merupakan Setiausaha Politik, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Faekah memulakan tugasnya sebagai Setiausaha Politik pada 1 Julai 2010 dan gaji beliau dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM5,190.90 sebulan. Oleh yang demikian, jumlah bulan berkhidmat dengan MBI adalah selama 12 bulan 23 hari dan bukannya 51 bulan.

Bayaran yang diterima oleh Faekah merupakan bayaran yang tertinggi iaitu sebanyak RM581,400.00. Bayaran tersebut merupakan bayaran yang diserahkan bagi perkhidmatan selama 51 bulan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MBI.

Semakan juga mendapati, Mustapha Mohd Talib mula berkhidmat sebagai Setiausaha Politik MBI pada 1 April 2010. Sebelum itu beliau merupakan Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor mulai 1 April 2008 dan gaji beliau dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM3,137.48 sebulan mulai bulan Mei 2008 sehingga Mac 2010.

Justeru, jumlah bulan berkhidmat dengan MBI adalah selama 53 bulan 23 hari dan bukannya 78 bulan.

Jumlah bayaran 78 bulan kepada Mustapha adalah sebanyak RM235,170.00.
-fmt-

Tiada ulasan: