"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sepasang kekasih mati berpelukan dalam tali air (Gambar)

Sabak Bernam: Sepasang kekasih yang akan bernikah bulan depan ditemui mati berpelukan dalam tali air di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia Parit 9 Timur, Sungai Besar, dekat sini pagi tadi.

Mangsa dipercayai lemas dalam tali air itu selepas motosikal dinaiki mereka terbabas semalam.
Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata, mayat pasangan itu ditemui 8 pagi tadi oleh orang awam.

Menurutnya, kedua-dua mangsa menaiki motosikal dan dipercayai terbabas sebelum masuk ke tali air berkenaan ketika hujan lebat semalam.

Beliau berkata, mangsa dikenali Intan Norliyana Mohammed, 18, dari Parit Changkat dekat sini dan Mohammad Azizul Ariffin, 21, dari Kampung Baru Nelayan.

Menurutnya, keluarga Mohammad Azizul membuat laporan polis melaporkan kehilangannya 9.30 malam tadi.

Difahamkan kedua-duanya akan bertunang bulan ini dan mendirikan rumah tangga bulan depan.
-hmetro-

Tiada ulasan: