"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Utusan alami kerugian lebih teruk - Bernama

Kerugian pracukai Utusan Melayu (Malaysia) Bhd meningkat tiga kali ganda kepada RM82.64 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2014, daripada RM20.39 juta sebelum ini disebabkan pendapatan lebih rendah dan caj susut nilai lebih tinggi bagi perniagaan dan lain-lain bil belum terima.

Pendapatan merosot kepada RM291.32 juta bagi tahun dalam semakan daripada RM342.43 juta sebelum ini disebabkan kelemahan sumbangan oleh segmen penerbitan, pengedaran dan pengiklanan.

Pendapatan segmen berkenaan dalam suku terakhir susut 13.5 peratus, disebabkan terutamanya oleh pengurangan ketara dalam pengiklanan, kata syarikat penerbitan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kumpulan itu mengunjurkan 2015 sebagai tahun yang mencabar disebabkan peningkatan persaingan dalam penguasaan pasaran bagi perbelanjaan pengiklanan dan edaran akhbar.

"Bagaimanapun kami akan meneruskan pelaksanaan strategi menambah baik kandungan akhbar kami dan menawarkan pakej kreatif untuk pengiklanan," kata syarikat itu.

Kumpulan juga akan terus melaksanakan strategi penjimatan kos dalam operasi perniagaan termasuk mengambil langkah mengurangkan kadar pengembalian dengan memastikan peruntukan bekalan akhbar dan majalah dibuat secara cekap.
-Bernama-

1 ulasan:

Abdul Said berkata...

Bagaimana sebuah syarikat penerbitan yang bermodal besar, mendapat sokongan parti memerintah bahkan selalu dianggap suara hati parti memerintah, menggunakan bahasa rasmi negara yang difahami oleh majoriti rakyat negara ini tapi tak boleh umtung dan tak boleh boleh besaing dengan akhbar-ahbar yang lain, kadangkala bertukar warna oleh kerana kena cahaya mentari terlalu lama di gerai . Apakah sebab-sebabnya? Itu semua dah boleh agak. Cuma saya ingin katakan ialah sedikit perkara peribadi, saya telah bertemu dengan seorang sepupu yang anaknya berkelulusan kewartawanan dari sebuah universiti di UK dan sedang bekerja disana. Saya katakan kepadanya jangan balik ke Malaysia kalau tak dapat kerja dengan agensi berita antarabangsa seperti NHk atau AFP atau Reuters. Jadikan kerjaya dengan akhbar Melayu pilihan terakhir!!