"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berebut mayat: Dua pemilik rumah mayat bertumbuk


Beijing – Dua pemilik rumah mayat bertumbuk di sebuah hospital kerana berebut hak untuk membakar mayat seorang pesakit – yang ketika itu masih belum mati.

Kejadian berlaku di Hospital Bandar Dalian di wilayah Liaoning, timur laut China, semalam.

Kedua-duanya bertumbuk dan menendang satu sama lain sebelum pekerja masing-masing menyertai pergaduhan itu ketika doktor berusaha merawat pesakit yang tenat itu di pusat trauma hospital berkenaan.

Kedua-dua pemilik rumah mayat itu, Cong dan Cui tiba di hospital jam 7 pagi selepas mengetahui keadaan pesakit terbabit.

Mereka cuba mempengaruhi anggota keluarga pesakit untuk mendapatkan hak menjalankan khidmat membakar mayat.

Syarikat pengurusan mayat di China meraih keuntungan besar dengan menjalankan kegiatan itu.

Menurut laporan, Cong dan Cui serta lima yang lain bertumbuk serta menendang satu sama lain sehingga mereka dileraikan oleh polis.

Pihak berkuasa kemudian menahan semua lelaki tamak itu atas tuduhan mencetuskan kekacauan di tempat awam.

Mereka kemudian dipenjara selama 15 hari.
-kualalumpurpost

Tiada ulasan: