"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Esok peluang terakhir Anwar bebas dari tirai besi

Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusan mengenai permohonan semakan yang dibuat oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sabitan Liwat II, esok.

Ia merupakan saluran undang-undang terakhir bagi Anwar mencabar hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan yang kemudiannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dengan mengetepikan pembebasannya.

PKR akan mengadakan himpunan di luar Istana Kehakiman untuk menunjukkan solidariti bersama pemimpin mereka yang terpenjara.

Keputusan itu akan disampaikan oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

Empat hakim lain dalam panel itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Hakim Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Tan Sri Hasan Lah, Hakim Tan Sri Abu Samah Nordin dan Hakim Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang mewakili Anwar memberitahu, terdapat konspirasi politik terhadap anak guamnya.

Pembelaan mendakwa Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan mengenai sabitan Anwar kira-kita 15 minit selepas penghakiman dibuat tetapi sebelum hukuman dijatuhkan.
-malaysiakini

Tiada ulasan: