SHAH ALAM - Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang berkata rakyat kini terdedah dengan pelbagai jenis tekanan berikutan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin.
"Dengan penyelewengan yang berlaku membuatkan rakyat menderita dengan tekanan ekonomi, tekanan politik, tekanan mental dan tekanan jiwa.
"Hal ini disebabkan oleh pemerintahan kuku besi yang dijalankan untuk menzalimi dan menperdaya rakyat," katanya ketika ucapan pembukaan Konvensyen Nasional Amanah 2016, hari ini.
Sementara itu, beliau juga turut mengatakan bahawa tekanan politik kini memberikan kesan besar buat rakyat khususnya.
Tambahnya lagi, beliau percaya bahawa Pakatan Harapan mampu untuk melaksana dan mencapai harapan rakyat untuk melihat sebuah negara yang lebih baik.
"Saya yakin bahawa Pakatan Harapan mampu untuk mengembalikan hak rakyat sebagai sebuah negara demokrasi dan merdeka.
"Selain itu, mereka juga bakal mendapat kembali hak untuk menikmati sumber negara yang telah dinafikan hak oleh pemimpin kini akibat penyelewengan yang berlaku," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan