Saifuddin: Pesanan terakhir Anwar Ibrahim Saifuddin ketika berucap di luar bangunan mahkamah. – Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA - "Keep on the good work (teruskan usaha baik anda)," berikut merupakan pesanan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas keputusan sebutan kes liwat beliau diumumkan.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau sempat berjumpa dengan Anwar d kawasan berdekatan Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, hari ini.
Beliau kelihatan tenang mendengar keputusan tersebut yang disampaikan oleh hakim," katanya ketika memberi ucapan di Himpunan Kebebasan Anwar.
Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak permohonan bekas Ketua Pembangkang itu untuk semakan semula sabitan kesalahan meliwat dan mengetepikan hukuman penjara lima tahun yang sedang dihadapinya.
Keputusan sebulat suara itu diumumkan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan panel lima hakim kerana mendapati permohonan tersebut tidak mempunyai merit.
Selain itu, beliau juga sempat menyampaikan pesanan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sewaktu bertemu dengannya semalam.
"Semalam, keluarga Datuk Seri (Anwar Ibrahim) ada membuat solat hajat dan kak Wan (Wan Azizah) sempat berkongsi tiga pesanan dengan saya.
"Pertama, Anwar tidak pernah menyerah kalah, keduanya saya tidak akan menyerah kalah dan terakhir, saudara/saudari jangan sesekali menyerah kalah," katanya lagi.
-sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan