"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Objek 'misteri' terdampar di pantai Muriwai


Gambar objek itu yang menimbulkan persoalan dikalangan netizen alam maya. Foto-The Telegraphy.
AUCKLAND - NEW ZEALAND. Satu objek pelik yang terdampar di pantai Muriwai, di sini, telah mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila gambar itu dikongsi Melissa Doubleday di Facebooknya.

Melissa mencatatkan di kapsyen gambar itu dengan pertanyaan: "Hanya ingin tahu jika sesiapa tahu apa ini, terdampar di Pantai Muriwai?" tulisnya yang dipetik The Telegraphy.

Pertanyaan itu dikomentar oleh Kathleen Keer yang mengatakan itu merupakan 'kapsul makhluk asing'.

Manakala menurut Nick Vitasovich pula mengatakan bahawa benda itu merupakan remis raksasa.

Dan selepas diamati ramai komentar yang menganggap kemungkinan besar objek itu adalah sepotong kayu yang telah ditutup dengan remis jenis goosneck.

Tiada ulasan: