"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tunggu jawapan saya esok: Mahfuz

HASLINA KAMALUDIN
SHAH ALAM - "Tunggu jawapan saya esok," demikian ringkas jawapan Ahli Parlimen Pokok Sena mengenai gesaan untuk beliau tampil kemukakan bukti berkenaan Pas menerima sejumlah wang daripada Umno.

Beliau berkata, segala jawapan itu akan diberikan dalam edisi ceramahnya yang akan berlangsung di Mergong, Alor Setar.

"Tunggu malam esok, saya jawab semua...," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mencabar Mahfuz supaya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan tiga pemimpin Pas Terengganu menerima sejumlah wang daripada pemimpin Umno tertentu yang dimasukkan melalui akaun amanah Pas pada Mac lalu.

Takiyuddin berkata, perkara itu perlu dilakukan Mahfuz jika merasakan Pas terlibat dengan unsur-unsur rasuah.

Mahfuz yang sebelum ini adalah ahli Pas mengumumkan keluar daripada parti itu pada 31 Disember tahun lalu dan menyertai Amanah.

Tiada ulasan: