"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kepimpinan PKR berpecah kerana Anwar?

FMT Reporters 
PETALING JAYA: Kepimpinan tertinggi PKR tidak sehaluan dengan tindakan dan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menurut mereka seperti melobi sokongan daripada golongan elit berpengaruh, sebulan selepas kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya 9 Mei lepas dan pembebasannya seminggu selepas itu.

Mereka berkata individu yang mereka kempenkan sebagai perdana menteri sejak 2 dekad lalu menunjukkan dia tidak layak untuk memegang jawatan itu, berdasarkan kepada tindakannya baru-baru ini.

Sumber dalam parti berkata ramai pemimpin termasuk golongan dalaman yang menanggotai biro politik PKR berkata pertemuan Anwar dengan raja-raja Melayu dilihat sebagai usaha untuk memenangi hati golongan diraja, lebih 2 dekad selepas dia menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad melucutkan kekebalan raja-raja daripada undang-undang.

“Mereka berkata sejak dia dibebaskan, dia tidak menunjukkan kelakuan seorang perdana menteri menanti, tetapi seorang yang tergesa-gesa,” kata sumber PKR yang rapat dengan golongan dalaman itu.

Anwar, yang akan berusia 71 pada Ogos, dibebaskan pada 16 Mei, selepas diberi pengampunan diraja yang dinanti-nantikan. Pengampuan itu membolehkan dia kembali aktif berpolitik. Beberapa jam selepas pembebasannya, dia dipanggil ke Istana Negara untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Anwar kemudian bertemu raja-raja Melayu di beberapa istana negeri, menyebabkan pengkritik tertanya sama ada dia cuba melobi sokongan raja-raja untuk memastikan Dr Mahathir menunaikan janji untuk memberi laluan kepadanya dalam tempoh masa 2 tahun.

Tetapi kunjungan lewat malamnya ke istana di tengah-tengah kebuntuan tentang pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara, yang menyebabkan penyokong PKR, termasuk pengikut setia, mempersoalkan motif beliau.

“Apabila dia secara terbuka mengumumkan dia sedang bertemu Sultan Muhammad V ketika timbulnya cerita Tommy Thomas, ia seolah-olah mengatakan dia yang mendapatkan persetujuan diraja,” kata sumber itu.

“Ini secara tidak langsung cuba menguatkan perspesi dalam fikiran tentang adanya perselisihan antara Dr Mahathir dan istana, dan Anwar yang menyelamatkan keadaan. Seorang ahli politik berpengalaman dan kanan tidak sepatutnya berkelakuan seperti orang baru nak naik,” katanya.

Anwar mempertahankan dirinya daripada dakwaan mengatakan dia cuba melobi sokongan raja-raja.

“Setelah 60 tahun, ini kali pertama raja-raja berdepan dengan kerajaan berbeza,” katanya dalam temubual oleh badan berkaitan PKR, Invoke Malaysia baru-baru ini.

“Kerajaan Pakatan Harapan ditubuhkan ditengah-tengah propaganda mengatakan gabungan ini diketuai DAP, yang akan menghakis kuasa raja-raja dan orang Melayu. Jadi saya ke sna untuk beritahu mereka bahawa maruah dan kedaulatan raja-raja akan didukung.”

Kenyataan itu dicabar oleh bekas pemberita berpengaruh, Datuk A Kadir Jasin, yang menganggotai majlis tertinggi PPBM dan merupakan pengikut setia Dr Mahathir.

Kadir dalam satu catatan blog berkata berkata tiada keperluan untuk memberi jaminan kepada raja-raja kerana mereka dijaga dengan baik, termasuk RM257 juta untuk perbelanjaan Agong dalam tempoh 16 bulan lalu.

Anwar segera mengkritik Kadir, mengatakan bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu tidak menjaga tertib. Kadir sudah meletakkan jawatan daripada Majlis Penasihat Kerajaan.

Sumber PKR mengatakan pemimpin parti juga tidak berpuas hati dengan kenyataan Anwar baru-baru ini yang mengatakan dia tidak akan meminta isterinya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengosongkan kerusi Pandan untuk dia bertanding dan kembali ke Parlimen.

“Sudah tentu dia juga tidak akan minta anak perempuannya mengosongkan kerusinya,” kata sumber itu, merujuk kepada Nurul Izzah yang menang di Permatang Pauh, kerusi yang pernah diwakili Anwar dan dikosongkan isterinya pada 2008 untuk membolehkan dia kembali ke berpolitik.

“Ini bermakna kita akan menyaksikan bapa, ibu dan anak dalam kerajaan,” kata sumber itu.

“Ini mengesahkan apa yang Umno katakan selama ini, yang kita ini parti ‘anak pinak’,” katanya.

Tiada ulasan: