"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis ambil keterangan Lim isu RM19 bilion hilang

Polis telah mengambil keterangan Menteri Kewangan Lim Guan Eng atas dakwaan kehilangan RM19.25 bilion dalam Tabung Bayaran Balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Katanya, keterangan itu diambil bawah siasatan Seksyen 409 Kanun Keseksaan, berkaitan pecah amanah jenayah mengenai harta.oyh

Lim tidak mendedahkan butiran lanjut proses merakamkan kenyataannya itu.

Kehilangan itu, dakwa Lim, yang menjejaskan 121,429 syarikat dan individu yang tidak dapat bayaran balik sejak 2015, 2016, 2017 dan 2018.

“Di bawah undang-undang GST 2014, bayaran balik untuk cukai input yang dituntut mesti dibayar dalam tempoh dua minggu.

“Sebaliknya ada yang tidak dapat bayaran balik sejak 2015,” katanya dalam kenaytaan hari ini.

Tiada ulasan: