"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita bayar RM24,707 untuk bunuh ibu mentua

MetroGlobal

Agensi

New York: Seorang wanita tergamak mengupah pembunuh upahan untuk membunuh ibu mentua dan anak tirinya dalam rancangan pelik untuk 'berdamai' dengan bekas suaminya.

New York Post melaporkan Elsy Rodriguez-Garcia, 25, yang dihadapkan ke mahkamah mengaku bersalah pada Khamis lalu, atas tuduhan konspirasi peringkat kedua merancang pembunuhan itu yang membolehkannya dihukum penjara dua hingga enam tahun.

"Ini adalah kes yang mengejutkan," kata Peguam Daerah Suffolk County, Timothy Sini.

"Niat tertuduh sangat jelas, dia mahu orang ini dibunuh, dan dia bersedia membayarnya (pembunuh upahan)."

Bukan hanya ibu mentuanya, malah anak perempuan suaminya yang berusia lima tahun dari perkahwinan lain menjadi sasarannya, menurut pendakwa raya.

Pendakwa raya berkata, Rodriguez-Garcia cemburu melihat bekas suaminya itu menghabiskan masa dengan ibu dan anak perempuannya terbabit dan berharap dapat 'menyingkirkan' mereka supaya dapat kembali ke pangkuan lelaki berkenaan.

Pada Julai 2019, Rodriguez-Garcia menghubungi rakan dan melakukan konspirasi melalui WhatsApp dengan meminta rakannya itu mengupah pembunuh untuk membunuh ibu dan anak perempuan bekas suaminya ketika mereka dalam lawatan ke Ecuador.

Dia mahu pembunuhan itu kelihatan seperti rompakan.

Bekas suaminya menyedari rancangan itu dan memaklumkannya kepada Jabatan Polis Daerah Suffolk.

Pegawai penyiasat dan polis menahan rakan konspirasi wanita itu dan mengarahkannya supaya berpura-pura mendakwa kononnya pembunuh upahan itu sudah membunuh ibu serta anak bekas suaminya.

Selepas menerima gambar palsu pembunuhan itu, Rodriguez-Garcia bersetuju untuk memasukkan AS$6,000, (RM24,707) sebelum dia ditangkap pada keesokannya.

"Pengakuan ini mengakhiri kes tragik untuk semua yang terbabit," kata peguamnya William Ferro dalam satu kenyataan.

Rodriguez-Garcia dijadualkan dijatuhkan hukuman pada 15 April.

Tiada ulasan: