"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru mengaji ditahan atas dakwaan rogol remaja autistik

Malaysiakini

Seorang guru mengaji al-Quran ditahan kerana didakwa merogol remaja autistik yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu selepas bertindak keluar dari kediaman keluarganya di Bandar Putra, Kulai, Johor.

Pemangku Ketua Polis Kelantan DCP Muhamad Zaki Harun berkata mengikut laporan mangsa, gadis yang berusia 16 tahun itu dirogol beberapa kali oleh suspek yang juga merupakan lelaki warga asing bermula hari Sabtu hingga Khamis lalu.

Menurut Muhamad Zaki, siasatan juga mendapati suspek yang berusi 23 tahun dan polis sedang membuat semakan mengenai kesahihan suspek sebagai guru yang mengajar Al-Quran.

"Bertindak di atas maklumat daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah telah membuat serbuan di Kampung Sat, Tanah Merah, Kelantan berpandukan kedudukan mangsa yang sempat menghantar lokasinya melalui telefon bimbit kepada ahli keluarganya.

"Lebih kurang 2.30 petang mangsa telah di selamatkan oleh pihak polis Tanah Merah. Mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata berdasarkan keterangan mangsa, suspek yang dikenalinya melalui aplikasi Whatsapp membawanya menaiki bas dari Skudai, Johor ke Tanah Merah, Kelantan kira-kira jam 9.30 malam pada Sabtu, lalu.

Katanya lagi, mangsa turut memaklumkan dia telah dirogol sejak 14 Ogos sehingga 18 Ogos oleh suspek beberapa kali.

Ekoran daripada itu suspek telah ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang menghidap penyakit autistik dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu selepas bertindak keluar dari kediaman keluarganya.

Utusan Malaysia melaporkan, bapa tiri remaja berkenaan, Mohd Azmi Abdullah, 40, memberitahu, mereka gagal menemukan Nur Elyana Adryna Abdul Rahim, 16, sejak Sabtu lalu.

Keluarganya sudah mencari remaja berkenaan selama empat hari di pelbagai kawasan di sekitar Kulai dan Johor Bahru, namun, masih gagal menemukannya.

Mohd Azmi berkata, pada hari Nur Elyana keluar rumah, dia menerima satu mesej dalam aplikasi WhatsApp daripada nombor yang tidak dikenali pada malam menyatakan supaya jangan mencari kakak lagi.

Tiada ulasan: