Dunia sedang memerhatikan kita, Malaysia. Sila sedar, terutamanya sokongan terhadap Najib Razak. Ia tidaklah sehebat yang anda sangkakan, penyokong Najib boleh dikira. Percayalah, wang tidak boleh membeli segalanya, dan wang juga tidak boleh menjadi Raja.
Dalam masyarakat sivil, seseorang yang disabitkan kesalahan sudah kehilangan semua status sosial dan penghormatan. Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti berasa malu atas apa yang telah berlaku di mahkamah dan sistem kehakiman di negara ini.
Hanya dengan adanya sifat malu, DNA terpenting iaitu akhlak manusia, kita baru boleh bergerak maju ke hadapan. Saya amat kasihan dengan ahli politik, tokoh masyarakat merangkap peguam Zaid Ibrahim selepas membaca sebuah artikel dari Facebook Manan Razali.
Kita semua perlu bertanggungjawab untuk generasi yang akan datang. Pihak Zaid tidak mampu menahan godaan.
Virus Covid-19 memang menakutkan, tapi virus “malu apa bossku” lagi bahaya
Virus ini (malu apa bossku) cepat merebak dan mudah dijangkiti dan kini telah mengancam sistem sosial dan nama baik Malaysia. Keyakinan dan kestabilan negara juga berada pada tahap kritikal. Dunia sedang memerhati Malaysia.
Sebagai sebuah negara yang berdaulat, kita mestilah mempertahankan dan melindungi Perlembagaan Persekutuan dengan menggunakan prinsip Rukun Negara sebagai “ubat/penawar” dan “vitamin”.
Kepercayaan Kepada Tuhan
Walaupun dengan firma guaman besar yang sebelum ini diberikan dan diperakui oleh Mahkamah Persekutuan, entah bagaimana dia terpaksa membela diri tanpa firma guaman. Situasi dan senario ini, sememangnya kehendak Tuhan.
Bertakwa kepada Tuhan adalah satu-satunya jalan keluar, memohon ampun daripada terus melakukan kesilapan. Tidak ada yang lebih besar dan hebat daripada Tuhan. Tuhan adalah satu-satunya yang disembah. Justeru itu, kita mesti berpegang
kepada prinsip pertama Rukun Negara.
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Hormatilah Raja kita yang mewakili Majlis Raja-raja untuk mengawasi kerajaan bagi memastikan tadbir urus yang baik. Menghormati Urusan Seri Paduka Baginda bagi memastikan tiada sesiapa yang berani mencuri wang rakyat.
Kini, dana milik tentera juga dicuri. Tentera kita mempertaruhkan nyawa mereka untuk kita, mereka mati untuk melindungi kita. Apabila musuh datang, bagaimana tentera akan berperang tanpa senjata yang sesuai untuk mempertahankan Malaysia?
Angkatan Tentera Diraja, bersama-sama dengan veteran yang hampir 1 juta jumlahnya, tetapi mereka masih berani mencuri wang tentera. Bercakap mengenai veteran, ramai daripada mereka kini masih hidup di bawah garis kemiskinan, namun dana tentera khusus buat mereka berani dicuri.
Apabila askar dan tentera laut kita bertemu dengan musuh, bagaimana mereka akan berperang tanpa senjata yang betul? Lihatlah musuh kita yang sebenar bukan dari luar, tetapi dari dalam selimut.
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Raja kita sebagai ketua komander tentera dan kuasa eksekutif Kabinet hanya lima tahun. Teruskan meminjam wang atau membazir wang pembayar cukai dan ini sudah tentu tidak menyelesaikan sebarang masalah dan semua haruslah mengambil berat tentang urusan Seri Paduka Baginda untuk Rakyat Malaysia.
Keluhuran Perlembagaan
Kebebasan sistem kehakiman tidak boleh digugat. Hormatilah mahkamah, hormatilah hakim. Tiada siapa yang sepatutnya berada lebih daripada (di atas) Undang-undang, mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Kita semua mesti kekal bersatu untuk mempertahankan mahkamah persekutuan dan hakim kita, untuk memastikan kuasa eksekutif di bawah kawalan Rakyat, Polis dan tentera kita, dan juga mahkamah, untuk memastikan penjenayah masuk ke penjara jika sebarang kesalahan telah dilakukan.
Kelayakan Ahli Parlimen boleh hilang dan mesti dipatuhi dengan ketat apabila seseorang ahli perlimen didapati melakukan sebarang kesalahan. Kita tidak boleh membenarkan orang yang disabitkan bersalah bergerak dengan bebas, melakukan semua jenis salah laku dan melakukan segala Tindakan yang memalukan negara.
Kedaulatan Undang-undang
Polis Diraja bukanlah “Polis di parti”. Ahli Politik seharusnya dibimbing dan dididik untuk membezakan antara pegawai awam dan pegawai parti, dan tidak menggunakan sumber umum untuk kepentingan parti sendiri.
Beri semula kuasa kepada pihak polis, mereka memberi kita suasana aman dan harmoni selama 65 tahun. Apabila mengimbas kembali, penubuhan MACC (SPRM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) adalah satu kesilapan yang besar, kerana kes rasuah makin menjadi-jadi dan serius.
Saya yakin rakyat akan bersetuju dengan saya. MACC pada hari ini, lengkap dengan personaliti seperti En. Cheah Chyuan
Yong, seorang gangster berdasarkan berita dan bertukar menjadi pengerusi ISI Internasional (tetapi sebenarnya hanyalah sebuah syarikat milik persendirian) yang telah dilantik oleh SPRM untuk menganjurkan forum anti-rasuah pada 27 Mei tahun ini.
Sebaliknya, Encik Cheah Chyuan Yong ISI adalah merupakan rakan baik Najib, dan menggunakan ISI untuk melaksanakan segala jenis kempen “support bossku”, terkini di Ipoh pada 29 Julai dan disokong oleh sayap belia MCA.
Sudah tentu, Encik Cheah juga membantu Najib menganjurkan World Chinese Economic Forum ke11, yang ditubuhkan oleh saya, pada 27 Disember, tepat 19 hari selepas keputusan 8 Disember oleh Mahkamah yang telah mensabitkan Najib dengan hukuman penjara 12 tahun. Tidak dapat dibayangkan, kerana saya adalah pengasas WCEF.
Dengan menghormati kedaulatan undang-undang, saya tidak akan sekali-kali membenarkan perkara sebegitu berlaku, dan saya telah menulis beberapa siri artikel untuk menjauhkan diri saya daripada segala keaiban ini.
Kita telah melihat beberapa siri kempen “malu-apa bossku” dengan salah laku yang memalukan dan segala jenis tindakan yang tidak masuk dek akal dan tidak munasabah serta tindakan mengaibkan PM. Sehinggalah 15 Ogos serta perbicaraan wayang kulit yang telah dilengah-lengahkan selama 4 tahun.
Dan lihatlah betapa buruknya keadaan ini, sehingga mahu mengancam ketua hakim dan mahu menyebabkan pertumpahan darah. Polis mesti menggunakan SOSMA untuk menangkap mereka ini.
Negara harus mempertimbangkan untuk menutup SPRM dengan menggunakan kuasa perundangan bebas, Parlimen, pergi ke Parlimen dan bukan turun ke jalanan untuk membantah. Percaya dan kembalikanlah kuasa kepada Polis Diraja Malaysia. Kita ada polis, kita ada Raja, dan kita ada rakyat Malaysia.
Dengan adanya kedaulatan undang-undang, kita telah mempunyai cukup Akta termasuklah SOSMA, AMLA dan tangkapan tahanan rumah secepat mungkin.
Tiada siapa yang melebihi undang-undang, seperti standard DOJ Amerika Syarikat, undang-undang Singapura, bagaimana mereka telah melaksanakan kes 1MDB mestilah dipelajari dan diikuti.
Sekadar peringatan yang lembut, seorang rakan warga Malaysia Encik Roger Ng telah diekstradisi oleh kerajaan AS dan di penjara AS atas kes 1MDB. Lebih baik menjalani hukuman penjara di Malaysia, anda masih boleh menikmati Nasi Lemak dan pada masa yang sama menjaga Kedaulatan Negara kita.
Kesopanan dan Kesusilaan
Tidak mempunyai rasa malu akan merosakkan nilai masyarakat kita, sebenarnya. “Menjaga aib” adalah sebahagian daripada DNA umat manusia untuk menjadi lebih maju dan aturan sosial melebihi undangundang dan peraturan.
Itulah sebabnya ia menjadi nilai teras utama kebanyakan agama, termasuk ajaran Islam. Tanpa rasa malu, perusuh dan samseng akan mengambil jawatan utama dan menghancurkan negara.
Dalam sejarah Malaysia, ini adalah kali pertama Ketua Hakim Negara telah menerima ugutan bunuh dan diancam pertumpahan darah. Di manakah kesopanan dan di manakah nilai akhlak?
Mengugut untuk membunuh ketua hakim adalah satu kesalahan yang sangat serius dan mesti ditangkap, kita tidak boleh membiarkan kebebasan dan integriti sistem kehakiman kita diserang.
Semua ini disebabkan virus “malu apa bossku”. Dalam Islam, saya telah diajar oleh rakan-rakan bahawa hanya ada seorang Boss, Boss yang Maha Kuasa, dan sesiapa yang berkata malu apa bossku kita hendaklah menjawab/membalas “Allahuakbar”.
Bagaimanakah seseorang boleh menentang ajaran Islam dan masih menganggap dia betul untuk berbuat demikian?Pemimpin yang benar-benar Islam atau munafiq, ini untuk masyarakat Melayu menilai dan memutuskan kerana mereka semua beragama Islam dan bagi yang bukan Islam kita ikut sahaja Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan.
Dan di sini juga saya sertakan rakaman bekas PM kita tentang ajaran Islam, perbezaan antara Muslim
sejati dan munafiq: https://www.facebook.com/watch/?v=1029151191130762
Rakyat Malaysia yang dihormati, saya telah melihat semua ini akan berlaku dan telah menulis surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, kepada Raja, Majlis Raja-Raja serta Presiden Parti MCA saya.
Rakyat Malaysia yang dihormati, sila bangun untuk melindungi Independence of Judiciary system (IJ), the Rule of Law; dan gunakanlah Rukun Negara sebagai remedi kita untuk kembali ke jalan yang benar, seperti di negara Indonesia yang menggunakan Pancasila mereka.
Tan Sri Lee Kim Yew, pengasas dan Pengerusi Eksekutif Country Heights Holdings Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan