"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib tiba di Penjara Kajang

Faiz Zainudin

Najib Razak yang dikawal ketat polis tiba di Penjara Kajang, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman berkait dana RM42 juta SRC International.

KAJANG: Bekas perdana menteri, Najib Razak tiba di Penjara Kajang, pada 6.10 petang tadi, bagi menjalani hukuman 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Najib yang tiba dengan kawalan ketat polis diperintah menjalani hukuman selepas mahkamah tertinggi itu menolak rayuan terakhirnya.

Tiada ulasan: