"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hanya 74 dari 191 ketua bahagian yang hadir itu pun setelah diugut

Umno ada 191 bahagian, hadir 74 bukan semua pimpinan Umno busuk atau Najib bos mereka

NASUHA RAHMAN

Jika benar ada desakan agar Perdana Menteri Ismail Sabri campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan Datuk Seri Najib Razak daripada 74 pemimpin Umno Bahagian bermakna bukan semua pimpinan Umno busuk.

Ini kerana, Umno mempunyai 191 bahagian di seluruh negara namun ketua Umno bahagian yang hadir hanya 74 sahaja dalam satu mesyuarat yang difahamkan diadakan semalam.

“Kalau laporan yang dipautkan ini tepat, nampaknya bukan semua pemimpin Umno busuk atau Mohd Najib Abdul Razak masih bos mereka.

“Di sebelah pagi hanya di 54 orang dikatakan bersetuju hadir tetapi setelah timbul desas-desus mengenai watikah calon, kira-kira 20 orang lagi datang. Umno mempunyai 191 bahagian di seluruh negara,” kata Kadir Jasin.

Khabarnya, mesyuarat tergempar Ketua-ketua Bahagian parti itu yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam tidak sepakat mendesak Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, campur tangan dalam kes mahkamah Najib.

Bagi yang masih menyokong Najib, katanya perjumpaan itu amat penting kerana ada kemungkinan Mahkamah Persekutuan akan membuat kata putus ke atas rayuan beliau seawal pagi ini.

Sumber dalaman memberitahu Astro Awani ramai ketua bahagian yang hadir tidak setuju dengan arahan yang dikeluarkan pemimpin utama mereka.

Bukan sekadar mengeluarkan arahan, katanya, pemimpin utama itu juga dikatakan memeras ugut Ketua-ketua Bahagian supaya hadir atau mereka tidak akan diberikan watikah untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Terdahulu, dilaporkan satu mesyuarat tergempar melibatkan ketua-ketua bahagian Umno yang berlangsung di ibu pejabat parti semalam gagal mencapai kata sepakat untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan Datuk Seri Najib Razak.

Ramai ketua bahagian yang hadir mesyuarat tersebut tidak bersetuju dengan arahan yang dikeluarkan pemimpin utama Umno.

Menurut sumber itu lagi, ada dalam kalangan kalangan ketua bahagian yang terpaksa datang selepas dipercayai diberi kata dua, tidak akan diberi watikah untuk bertanding dalam PRU15.

Tiada ulasan: