"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib luah soal susah hati, rasa keseorangan

Malaysiakini

story-image

Bekas perdana menteri hari ini tiba-tiba bercakap mengenai kesepian dan kesendirian.

Pernah diingat ramai kerana kepetahan dan kelicikannya di media sosial untuk mengulas pelbagai isu, hantaran Najib itu agak luar dari kebiasaan.

Mengiringi hantaran tersebut dengan gambar dia termenung di dekan paip dipercayai tempat berwuduk, ahli parlimen Pekan itu berkata, perjalanan hidup seseorang adalah berbeza antara satu sama lain.

"Kita sentiasa doakan dan harap yang terbaik dalam kehidupan kita. Ada kalanya kita berasa usaha dan kebaikan yang kita lakukan sia-sia.

"Ada kalanya kita berasa susah hati dengan ujian dan dugaan. Dengan fitnah dan penganiayaan. Dengan harapan yang diakhiri dengan kegagalan," katanya.

Najib yang kini sedang di peringkat akhir mahkamah untuk menentukan masa depannya juga bercakap tentang pengkhinatan.

Bagaimanapun dia tidak memberikan sebarang gambaran mengenai siapakah yang dirujuknya dalam hantaran tersebut

"Dengan keikhlasan yang dibalas dengan pengkhianatan. Ada kalanya kita berasa kita ... keseorangan," katanya.

Luahan dan kesedihan Najib itu dipercayai mempunyai kaitan dengan rayuan akhirnya berhubung kes rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) bernilai RM42 juta.

Empat hari lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baru berhubung kes berkenaan.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak permohonan yang dikemukakan Najib.

Tengku Maimun berkata, bukti tersebut tidak relevan dengan kes terhadap Najib dan gagal menunjukkan hakim perbicaraan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali mempunyai konflik kepentingan.

Keputusan itu menyaksikan mahkamah akan mendengar rayuan Najib bagi membatalkan sabitan dan hukumannya dalam kes berkenaan.

Perbicaraan rayuan Najib akan bersambung esok dan mahkamah dijangka akan membuat keputusan dalam masa terdekat.

Untuk rekod penyokong Najib akan mengadakan solat hajat dan bermunajat di Masjid Kampung Baru di tengah Kuala Lumpur pada malam ini.

Ia dirancang diadakan selepas sembahyang Isyak..

Tiada ulasan: