"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Serangan ‘ala mafia’, lelaki maut ditembak 8 das, ditetak parang

FMT Reporters

Mangsa berusia 41 tahun maut akibat ditembak antara lima ke lapan das, termasuk ditetak menggunakan parang. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut ditembak antara lima ke lapan das, termasuk ditetak menggunakan parang dalam kejadian di Jalan Bawal Tambak 1, Taman Sri Gadong, hari ini.

Dalam kejadian 12.17 tengah malam itu, mangsa berusia 41 tahun itu dikenal pasti mempunyai 10 rekod jenayah lampau diserang tiga lelaki ketika mangsa sedang menuju ke pagar rumahnya.

Ketua Polis Klang Selatan Cha Hoong Fong, berkata polis menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan memaklumkan terdengar bunyi tembakan dan melihat seorang lelaki terbaring di tepi jalan.

Katanya, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa berada dalam keadaan terbaring serta berlumuran darah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati mangsa sedang turun dari kereta jenis Volkswagen Passat dan menuju ke pagar rumahnya.

“Kemudian sebuah kereta jenis Nissan Almera berhenti di tepi jalan dengan tiga suspek lelaki meluru ke arah mangsa dan melepaskan lima hingga lapan das tembakan dari jarak dekat,” lapor Kosmo.

Hoong Fong berkata, suspek juga dilihat menetak mangsa mengunakan parang sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta yang sama.

Beliau berkata, suspek juga pernah terbabit dalam kes jenayah berat melibatkan culik.

“Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian dan menemui beberapa barang yang boleh membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Katanya, mereka yang mempunyai sebarang maklumat kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohamed Syahrir Zabidi di talian 012-26650895 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222.

Tiada ulasan: