"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terkini: Laporan audit LCS Boustead didedah kepada umum

FMT Reporters

PETALING JAYA: Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) bersetuju untuk menyahklasifikasi laporan audit forensik berkenaan penghantaran lewat kapal tempur pesisir pantai (LCS), kata Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin berkata, laporan itu boleh didapati di laman web parlimen.

BHIC adalah pemegang saham terbesar dalam Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd(BNS), kontraktor dilantik Kementerian Pertahanan untuk membina enam frigat dalam program kapal tempur pesisir.

Minggu lalu, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan, Hishammuddin telah mengarahkan BHIC untuk menyahklasifikasi laporan audit forensik berkenaan penghantaran lewat LCS.

Asyraf berkata, laporan itu akan memberi penerangan tentang dalang di sebalik rasuah dan penyelewengan yang melanda syarikat itu.

Rabu lalu, Putrajaya telah mendedahkan laporan mengenai projek itu oleh jawatankuasa penyiasatan tadbir urus, perolehan dan kewangan.

Ia susulan badan pemantau Parlimen, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dua minggu lalu, mengeluarkan laporan mengenai projek bermasalah bernilai RM9 bilion itu, yang mengalami kelewatan bertahun-tahun.

Pada 16 Ogos lalu, bekas pengarah urusan BNS Ahmad Ramli Mohd Nor didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan RM21.08 juta.

Tiada ulasan: