"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ismail Sabri kini tersepit adakan PRU segera stay kemungkinan dipecat Dari Umno

Majoriti ketua bahagian Umno desak PM segerakan PRU

Nora Mahpar dan Faiz Zainudin 

KUALA LUMPUR: Seramai 158 ketua bahagian Umno yang hadir mesyuarat tergempar hari ini mendesak pilihan raya umum diadakan “dengan kadar paling segera”, kata Ketua Umno Sungai Besar, Jamal Yunos.

Katanya, suara itu akan disampaikan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob oleh Presiden Ahmad Zahid Hamidi dalam mesyuarat tertinggi parti dalam masa terdekat.

“Keputusan kita dapat, semua sebulat suara kami mahukan pilihan raya diadakan kadar paling segera,” katanya kepada media selepas hadir mesyuarat ketua bahagian Umno di Menara Dato Onn.

Tiada ulasan: