"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Teguran kepada Ustazah Asma’ Harun-“Itu bukan dakwah Islam, tetapi dakwah terpilih”

AYHAN FERHAT

Mengikuti video Ustazah Asma Harun tampil menegur rakyat yang gembira mendengar berita bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikenakan hukuman penjara, bagaimanapun ramai yang tidak bersetuju dengan apa yang telah diperkatakan beliau mengenai hal ini.

Seorang pengguna Facebook Mohd MohdSafuan mengajukan dua persoalan berhubung kenyataan pendakwah bebas itu.

Ada 2 persoalan saya ingin kemukakan kepada video yang tular baru-baru ini;

1.Kenapa ustazah Asma memilih MENEGUR rakyat yang gembira bila keadilan berjaya ditegakkan dan keraguan berjaya dibongkarkan melalui prosiding mahkamah dunia?

2.Kenapa sehingga sekarang , ustazah Asma; TIDAK MENEGUR pemimpin pemimpin yang telah disabitkan kesalahan di mahkamah atas kesalahan melibatkan seleweng harta awam (rasuah, pengubahan wang haram, penyelewengan kuasa)?

Tahukah ustazah bahawa kesan dan akibat dari perbuatan rasuah @ salahguna kuasa ini bukan hanya melibatkan sang pelaku, bahkan kepada ekonomi negara, rakyat dan juga NEGARA.

Rasullullah SAW sendiri menegaskan akan memotong tangan anaknya jika disabitkan kesalahan mencuri, apatah lagi mencuri hak rakyat.

Ini berdasarkan riwayat Aisyah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda sebagai respon balas terhadap permintaan Usamah Bin Zaid RA,

فقالَ إنَّما أهْلَكَ الَّذينَ من قبلِكُم أنَّهم كانوا إذا سَرقَ فيهم الشَّريفُ ترَكوهُ وإذا سرقَ فيهم الضَّعيفُ أقاموا عليهِ الحدَّ. وأيمُ اللَّهِ ! لَو أنَّ فاطمةَ بنتَ محمَّدٍ سرَقَت لقطعتُ يدَها.

Maksudnya: Sesungguhnya telah binasa golongan-golongan terdahulu kerana membiarkan golongan mulia (atasan) yang mencuri daripada dihukum, sedangkan jika golongan marhaen (rakyat bawahan) mencuri, mereka dihukum dengan hukuman hudud. Aku bersumpah dengan nama Allah, sekiranya Fatimah Binti Muhammad mencuri nescaya aku sendiri yang akan memotong tangannya. Riwayat Tirmizi (1430)

Sepatutnya bila berada dalam lapangan dakwah, teguran WAJIB kepada pemimpin-pemimpin yang telah disabitkan bersalah oleh mahkamah kerana ianya bukan FITNAH atau AIB PERIBADI. Tetapi suatu perkara yang menyentuh isu AMANAH yang dikhianati yang menjurus kepada sifat-sifat orang MUNAFIK.

Amat malang jika ruang dakwah itu dibuat secara pihak tertentu hanya sebab ketakutan atau kecendurungan kepada pihak yang ZALIM kepada AMANAH yang telah dikhianati .

Ingat AMARAN ALLAH SWT jika ada sedikit kecenderungan kita pada perbuatan yang ZALIM pada HARTA RAKYAT. Ianya disebut dalam Alquran.

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka”

(Surah Hud 113)

Itu bukan dakwah Islam, tetapi dakwah TERPILIH

Maaf saya memilih untuk berbeza pendapat dalam hal kepentingan AWAM.

Tiada ulasan: