"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zahid cabar Isham: Berani datang mesyuarat malam ini

Faiz Zainudin

PUTRAJAYA: Zahid Hamidi mencabar Isham Jalil menyuarakan bantahannya terhadap kerjasama dengan DAP pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam ini.

“Isham perlu beranikan diri datang mesyuarat malam ini,” kata presiden Umno.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan penyampaian sumbangan tabung kemanusiaan bagi rakyat Palestin oleh 99 Speedmart Sdn Bhd dan Wanita Umno di Bangunan Perdana Putra.

Zahid berkata, Isham perlu menyuarakan rasa tidak puas hatinya termasuk konon ada segelintir pemimpin Umno menjadi “barua” DAP yang menjadi punca parti itu ditolak orang Melayu susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRK Kemaman Sabtu lalu.

“Saya harap malam ini Isham datang mesyuarat MKT. Kalau ada pendapat lain beliau boleh suarakan dan setakat ini beliau tak datang mesyuarat tiga kali, mudah-mudahan beliau mempunyai keberanian untuk datang malam ini.

“Suarakan pendapat yang beliau sanggah (tolak kerjasama DAP) apabila kita jalin kerjasama dengan PH bentuk kerajaan perpaduan,” katanya.

Mesyuarat MKT Umno dijadual diadakan 8.30 malam ini di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Tiada ulasan: