"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Amuk jalan raya, bekas perunding IT bersalah sebabkan kematian

Faisal Asyrafl
Yew Wei Liang pada mulanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas dia terlibat dalam insiden amuk jalan raya yang menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir pada 2019.
SHAH ALAM: Seorang bekas perunding teknologi maklumat didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini kerana menyebabkan kematian seorang lelaki dalam kejadian amuk jalan raya empat tahun lalu.

Yew Wei Liang, 45, didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dengan kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat.

Hakim Julia Ibrahim berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya terhadap Yew tanpa keraguan munasabah.

Mahkamah akan mendengar mitigasi daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan terhadap hukuman itu pada 2 petang.

“Beban pembuktian kepada pembelaan diri terhadap ancaman kecederaan badan terletak pada tertuduh di bawah Seksyen 105 Akta Keterangan 1950,” kata Julia.

“Tertuduh gagal membuktikan terdapat ancaman kecederaan badan terhadap dia dan isteri daripada si mati,” katanya.

Hakim menyatakan bahawa walaupun tertuduh mempunyai hak untuk melindungi keretanya daripada dirosakkan oleh si mati, hak ini tidak meliputi sehingga menyebabkan kematian.

Yew sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas pertuduhan membunuh selepas dia terbabit dalam kejadian amuk jalan raya yang menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, dekat Bandar Baru Bangi pada Ogos 2019.

Pada Julai, dia diperintahkan membela diri selepas Mahkamah Tinggi mendapati dia telah memulakan provokasi yang membawa kepada kematian mangsa di tempat kejadian.

Menurut hakim, Yew telah mengambil tindakan di luar haknya untuk mempertahankan diri dengan melanggar Syed Muhammad Danial berulang kali, walaupun ancaman ‘dipatahkan’ dan Syed Muhammmad Danial sedang melarikan diri.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, manakala Yew diwakili Wee Choo Keong.

Tiada ulasan: