"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Makcik Kemboja bergari di mahkamah

HomeBerita
MARIYAH yang mencetuskan kontroversi dengan mendakwa orang Melayu malas menerusi video tular bulan lalu dan anak lelakinya, Ezuan Hafsham didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh. FOTO Jamah Nasri
SITI NUR ZAWANI 

Usahawan berketurunan Kemboja yang mencetuskan kontroversi kerana didakwa menghina bangsa Melayu, dibawa dalam keadaan bergari selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini.

Tertuduh, Mariyah Yaakob, 47, pada mulanya teragak-agak ketika disoal jurubahasa sama ada faham atau tidak pertuduhan dibacakan kepadanya dan terpaksa dibantu peguamnya, Kamal Hisham Jaafar.

Dia yang berada di kandang pesalah kemudian mengangguk faham dan menjawab ‘tidak mengaku bersalah’ dalam prosiding didengar Hakim Mohd Sabri Ismail.

Mariyah dibawa oleh anggota polis ke lokap mahkamah sementara menunggu urusan jaminan selepas Hakim Mohd. Sabri Ismail membenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000 ke atasnya.

Anak lelakinya, Ezuan Hafsyam Mohd. Hisyam, 22, turut dituduh dalam prosiding sama dan dibenarkan untuk dijamin sebanyak RM10,000.

Anak-beranak itu bagaimanpun dikenakan syarat tambahan iaitu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada mana-mana pihak sehingga kes selesai.

Mariyah yang juga merupakan pemilik syarikat jahitan pukal, Mariyah Holdings Sdn. Bhd. didakwa telah membuat suatu penyataan melalui aplikasi TikTok dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ezuan didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1908 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Media melaporkan setakat pukul 1 tengah hari tadi, Mariyah dan anaknya itu masih berada di lokap mahkamah susulan mengalami masalah berhubung penyerahan pasport kepada pihak mahkamah.

Tiada ulasan: