"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penjual nasi maut ditikam 27 kali, polis kata bukan kes samun

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang peniaga nasi campur maut ditikam 27 kali di tempat letak kenderaan sebuah pangsapuri di Jalan Perak, George Town.

Pemangku Ketua Polis Timur Laut V Saravanan berkata mangsa berusia 60-an itu dipercayai ditikam dengan pisau pendek oleh seorang individu, manakala seorang rakannya menunggu di motosikal.

“Polis menerima panggilan kecemasan lalu bergegas ke lokasi kejadian pada 6.18 petang tadi. Mangsa disahkan meninggal dunia kerana ditikam sebanyak 27 kali antaranya di dada, leher dan beberapa anggota badan lain.

“Mangsa dibawa ke hospital dengan ambulans, namun disahkan meninggal dunia di hospital ketika diberi rawatan,” katanya menurut Sinar Harian.

Polis sedang memburu dua suspek selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup di dalam lif dan pondok pengawal pangsapuri terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh orang, dan polis percaya ia bukan kes samun.

“Ini kerana wang dan beberapa barang milik mangsa masih berada pada badannya,” katanya.

“Mangsa mempunyai beberapa rekod lampau dan tinggal di pangsapuri tersebut.”

Tiada ulasan: