"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Padah hina polis

Omar Ahmad
am@hmetro.com.my
LELAKI yang ditahan kerana menghina polis. FOTO Ihsan Polis
LELAKI yang ditahan kerana menghina polis. FOTO Ihsan Polis
Kota Tinggi: Bukan sahaja menghalang tugas polis, seorang lelaki ditahan kerana keceluparan mulutnya menghina polis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, lelaki berusia 30an itu ditahan di Sungai Rengit jam 6 petang, susulan satu laporan berkaitan kes ceroboh di kawasan perumahan Sebana Cove, Pengerang.

Katanya, anggota polis dari balai polis Pengerang suspek, lelaki tempatan di Jalan Pularek, Sungai Rengit.

"Siasatan awal mendapati suspek menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan dan diarahkan untuk berhenti bagi membuat pemeriksaan.

"Namun suspek terus bertindak melarikan diri dengan memecutkan motosikal menghala ke pekan Pengerang, namun berjaya ditahan.

"Ketika cuba menangkap suspek, lelaki itu bertindak agresif untuk melepaskan diri, dan berlaku pergelutan" katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, ketika pergelutan suspek mengeluarkan kata-kata berbaur hinaan terhadap anggota polis.

"Siasatan mendapati suspek tidak mengalami masalah mental dan ujian air kencing juga mendapati suspek negatif dadah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya.

Tiada ulasan: