"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

3 maut, lelaki lepaskan tembakan di universiti

Bernama
Seorang suspek melepaskan tembakan rambang di Universiti Nevada, Las Vegas di Amerika Syarikat menyebabkan tiga maut dan seorang lagi cedera parah. (Gambar AP)
WASHINGTON: Seramai tiga orang terbunuh manakala seorang lagi cedera parah dalam kejadian tembakan rambang di Universiti Nevada, Las Vegas di Amerika Syarikat pada Rabu.

Suspek turut terbunuh selepas dipercayai berbalas tembakan dengan polis.

Ketua polis universiti Adam Garcia berkata pihak berkuasa menerima panggilan mengenai seorang penembak pada 11.45 pagi waktu tempatan, lapor Agensi Anadolu.

Terdahulu Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas berkata suspek “telah dikesan dan telah meninggal dunia” selepas beberapa orang cedera di kampus.

Bagaimanapun, tidak jelas bagaimana suspek itu meninggal dunia.

Polis dalam satu hantaran di media sosial X berkata mereka berjaya menumpaskan suspek.

Syerif Kevin McMahill berkata tiada lagi ancaman yang berpunca daripada penembak itu.

Menurut beliau motif serangan masih tidak diketahui dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Beliau berkata, seorang lagi mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di sebuah hospital tempatan.

Sementara itu McMahill dijangka mengadakan satu sidang media pada lewat Rabu.

Tiada ulasan: